PERDA Lancar Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA, Bantu Usahawan Desa Promosi Produk
BUTTERWORTH, 12 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan ekonomi luar bandar menerusi pelancaran Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA yang berfungsi sebagai platform promosi dan pemasaran bergerak untuk usahawan desa.