BERITA TERKINI   Aspek keselamatan perkhidmatan KLIA Aerotrain yang akan beroperasi berada di tahap tinggi - Loke | Perkhidmatan KLIA Aerotrain akan mula beroperasi pada 1 Julai ini bermula 10 pagi - Loke | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " tinjauan kestabilan kewangan"

Ujian Tekanan Kesolvenan Tunjukkan Sistem Perbankan Miliki Daya Tahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Pasaran Domestik Teratur Sediakan Penampan Mencukupi Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.

Keuntungan Insurans Hayat, Takaful Saksikan Penurunan Separuh Masa Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion ,  didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.

Penampan Modal Bank Cukup Untuk Serap Potensi Kenaikan Kerugian Kredit Sektor Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan  yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.

Risiko Kekal Terkawal Dalam Sektor Hartanah Bukan Kediaman - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Risiko kekal terkawal dalam sektor hartanah bukan kediaman (NRP) walaupun terdapat cabaran yang berterusan dalam segmen ruang pejabat dan kompleks beli-belah (OSSC) pada separuh kedua 2024.

Risiko BNPL Kekal Terkawal - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Jumlah hutang terkumpul skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.

Pertumbuhan Deposit Bank Perlahan Kepada Tiga Peratus Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.