Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " tawaran pengambilalihan mandatori"

Felda Hantar Dokumen Tawaran Bagi Pelan Penyusunan Semula FGV, Tarikh Tutup 7 Julai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan pihaknya telah menghantar dokumen tawaran untuk rancangan penyusunan semula FGV Holdings Bhd dengan tarikh tutup tawaran pada 5 petang, Isnin, 7 Julai 2025, melainkan tarikh itu dilanjutkan.

SC: 21 Tawaran Pengambilalihan, Penggabungan Bernilai Rm18.22 Bilion Diluluskan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.

Scanwolf Corporation Terima Notis Tawaran Pengambilalihan Mandatori

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Mighty Alliance Sdn Bhd (MASB) (pembuat tawaran) untuk memperoleh semua baki saham biasa yang tinggal yang belum dimiliki oleh pembuat tawaran, pembuat tawaran muktamad bersama dan pihak yang bertindak bersama mereka (PAC).

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

Pestech Cadang Terbitan Saham Terhad Kepada Dhaya Maju Bernilai RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pestech International Bhd (Pestech) memeterai perjanjian langganan bersyarat dengan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) untuk cadangan terbitan terhad saham syarikat bernilai RM160 juta.