Malaysia Kekal Komited Kepada Perdagangan Terbuka Dan Adil, Teruskan Libat Urus Dengan AS, China
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi melindungi kepentingan ekonomi berikutan ketegangan berkaitan tarif balas AS yang semakin meningkat menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping bermula esok.