Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Penurunan Kadar Faedah AS
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan pelabur menyambut baik penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kedua pada tahun ini.