Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " syed hussain syed husman"

MEF Gesa Usaha Lebih Kukuh, Terselaras Bagi Kesihatan Mental, Risiko Psikososial

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan, penggubal dasar dan ketua tempat kerja supaya mengutamakan kesihatan mental dan pengurusan risiko psikososial sebagai elemen penting dalam keselamatan tempat kerja, produktiviti dan kemampanan organisasi.

MEF Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Kerajaan, Gesa Penggunaan Secara Berhemat

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.

MEF Sambut Baik Gesaan Kerajaan Ke Arah Ekosistem Perniagaan Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR 3 Feb (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gesaan kerajaan untuk peraturan, penguatkuasaan yang agak kukuh dan ekosistem perniagaan yang lebih menyokong adalah tepat pada masanya di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit di peringkat domestik.

MEF Gesa Kerajaan Teruskan Dasar Pro-pelaburan, Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan menyediakan fleksibiliti dalam dasar bagi menarik syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar antarabangsa untuk menubuhkan ibu pejabat serantau atau global masing-masing di Malaysia.

Rangka Kerja Dasar Dapat Tangani Cabaran Struktur Dan Operasi PMKS - MEF

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kerangka dasar yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dapat menangani cabaran struktur dan operasi yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

MEF Sokong Pelaporan Data Kekosongan Jawatan Eis, Gesa Pelaksanaan Lebih Praktikal

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengukuhkan pelaporan kekosongan di bawah Seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) adalah sejajar dengan amalan antarabangsa, tetapi ia memerlukan pelaksanaan yang praktikal, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Industri Jimat Sebanyak RM100 Juta Menerusi Program Amnesty Perkeso - MEF

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Caruman KWSP Pekerja Asing Pencetus Perubahan Kekalkan Tenaga Kerja, Ambil Ramai Bakat Tempatan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dalam jangka panjang berikutan majikan akan lebih cenderung untuk menggaji lebih ramai bakat tempatan apabila kos meningkat.