Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " suv"

Omoda Jaecoo Malaysia Sasar Pertumbuhan Dua Digit Susulan Pelancaran Jaecoo J5

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Omoda Jaecoo Malaysia menyasarkan pertumbuhan sekurang-kurangnya dua angka pada tahun ini, disokong oleh pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B baharunya, Jaecoo J5, susulan lonjakan jualan yang kukuh sebanyak 153 peratus pada 2025.

Mekanisme Insentif Tersuai Baharu Pacu Pelaburan Sektor Automotif Malaysia – MITI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)  sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.

MAHB Optimis Capai Sasaran 62 Juta Pergerakan Penumpang Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) optimis untuk mencapai sasaran 62 juta pergerakan penumpang menjelang akhir tahun ini, satu pencapaian penting yang akan menandakan pemulihannya kepada tahap sebelum pandemik.

MAA Kekal Unjuran Jualan 2025 Meskipun Catat Penurunan Jualan Separuh Pertama

KUALA LUMPUR, 16 Julai  (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2025 sebanyak 780,000 unit, meskipun penurunan 4.6 peratus tahun ke tahun jualan kenderaan bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Malaysia Autoshow 2025 Bermula, Pamer Kenderaan Dan Teknologi Generasi Masa Depan

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) yang bermula hari ini mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.

Proton Akhiri 2024 Dengan Prestasi Cemerlang, Berjaya Jual 152,352 Unit Kenderaan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual 14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya dan merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun itu.

Jualan Proton Pada Oktober Melonjak 13.6 Peratus, Catat Jumlah YTD 125,557 Unit

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober, peningkatan 13.6 peratus berbanding 11,269 unit pada bulan sebelum itu, sekali gus meningkatkan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 125,557 unit.

Jualan Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Melonjak 112 Peratus Pada Separuh 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Proton Kekal Tempat Kedua Dalam Jualan Automotif Pada September

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) kekal di tempat kedua dalam jualan automotif pada September, dengan jumlah jualan bagi domestik dan eksport sebanyak 11,269 unit, menjadikan jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.