Terdapat 169 berita berdasarkan kata kunci carian " stesen"

TNB, TM Jalin Kerjasama Dalam Tenaga Hijau Dan Infrastruktur Digital

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau dan membangunkan infrastruktur tenaga dan telekomunikasi yang lebih pintar, mampan dan saling berhubung di seluruh negara.

Penyelarasan Harga Minyak Bantu Atasi Kenaikan Mendadak, Jamin Bekalan Berterusan - BHPetrol

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Pada Tengah Hari Diasak Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.

1,325 Peniaga Tidak Berdaftar SST Sepanjang 2024 Hingga Januari 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Seramai 1,325 peniaga yang tidak berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dikenal pasti bagi tempoh 2024 hingga Januari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Subsidi RON95 Berkurang Kepada RM1.8 Bilion Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

ZTE, Sacofa Meterai MoU Bagi Pacu Infrastruktur Digital Sarawak

KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- ZTE Corporation (ZTE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan SACOFA Sdn Bhd untuk meningkatkan infrastruktur digital Sarawak dan menyokong objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Ekonomi Digital kerajaan negeri. 

Perbelanjaan Subsidi Diesel Susut Kepada RM6.2 Bilion Pada 2025, Jimat RM4 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.

Sarawak Akan Eksport Tenaga Elektrik Ke Brunei Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Sarawak menyasarkan untuk mengeksport tenaga elektrik ke Brunei menjelang awal tahun depan, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Battersea Power Station Lantik Studio Egret West Untuk Fasa Akhir Pelan Induknya

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).

Suruhanjaya Tenaga Umum Pembida Berjaya Bagi Program NewGen25

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bidaan bagi program tender NewGen25 telah dimuktamadkan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Kerajaan Tolak Pendekatan Pengapungan Harga, Pilih Lindungi Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.