PETRA Galak Penglibatan Koperasi Dalam Pembangunan Ladang Solar, Capai Sasaran NETR
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengalu-alukan penglibatan semua pihak, termasuk koperasi dalam pembangunan ladang solar dan program solar komuniti bagi mencapai sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).