Kadar Persijilan MSPO Estet Sawit Capai 90 Peratus - Noraini
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan terus komited memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian kemampanan antarabangsa apabila 90 peratus estet sawit negara dan 85 peratus pekebun kecil persendirian setakat ini telah memperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.