Silicon X Tempa Kejayaan Menerusi Ciptaan Cip FPGA Buatan Malaysia Pertama
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.