Perkongsian TNB-ACWA Power: Pacu Peralihan Tenaga Di Malaysia
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.