3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia berkembang 4.0 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2025 dengan premium bertulis kasar (GWP) meningkat kepada RM12.3 bilion daripada RM11.8 bilion, kebanyakannya didorong oleh segmen motor dan kebakaran, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
9hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mempercepatkan pelaburan industri hijau dengan Jepun, kata MUFG Bank (Malaysia) Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh berbaki untuk 2025 dengan andaian ekonomi tumbuh dalam julat rasmi 4.0-4.8 peratus selain inflasi kekal terkawal.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah negara kekal berdaya tahan pada separuh pertama 2025 dengan nilai transaksi mencecah RM 107.68 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peniaga yang terjejas berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang berterusan selepas penjualan minggu lepas, sejajar dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.