4hari ago
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sekali gus memecahkan aliran menurun berbilang hari.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan ketelusan data dalam pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), memperkukuh mekanisme tadbir urus bagi melonjakkan keyakinan pelabur, serta melabur dalam modal insan supaya tenaga kerja bersedia menggunakan teknologi tenaga masa depan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kalangan pengilang di Malaysia optimis terhadap peningkatan permintaan bagi tempoh akan datang walaupun aktiviti pembuatan menjadi sederhana pada Oktober, susulan aliran masuk pesanan baharu yang perlahan, menurut S&P Global.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
7hari ago
KLANG, 1 Nov (Bernama) -- Pusat borong terbesar GM Klang secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula malam ini.
7hari ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov Bernama) -- Transformasi digital dan perkembangan pesat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (AELM), yang menyaksikan para pemimpin membincangkan cabaran dan peluang yang muncul daripada teknologi berkenaan.
8hari ago
SEPANG, 31 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk melaksanakan pelan tindakan komprehensif bagi menyelesaikan isu kebolehpercayaan berulang yang melibatkan sistem aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
9hari ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan seimbang Malaysia yang mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan China, berjaya meletakkan negara sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini.
10hari ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menerbitkan dokumen dasar mengenai penggunaan ta’awun (bantuan bersama) yang lebih meluas dalam takaful menjelang akhir tahun ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.