Petronas Lubricants-Quaker Houghton Bekerjasama Pacu Sektor Kerja Logam Perindustrian
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Petronas Lubricants International (PLI) dan syarikat cecair proses industri, Quaker Houghton membentuk satu kerjasama strategik untuk menyediakan produk, penyelesaian serta perkhidmatan bagi sektor perindustrian utama di Malaysia dan India.