Terdapat 289 berita berdasarkan kata kunci carian " perubatan"
Ketegangan Geopolitik Tidak Jejas Sektor Perubatan - Sunway Healthcare
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor perubatan Malaysia tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, justeru prospek pelancongan perubatan kekal kukuh bagi tahun ini, menurut Sunway Healthcare Holdings Bhd.
Prestasi Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Naik 7.3 Peratus Kepada RM159.8 Bilion Pada Januari -- DOSM
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Prestasi perdagangan borong dan runcit melonjak 7.3 peratus tahun ke tahun kepada RM159.8 bilion pada Januari 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pelabuhan P.pinang Aktif Pengawasan Kecemasan Susulan Konflik Timur Tengah Jejas Perkapalan
GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) telah mengaktifkan mekanisme pengawasan kecemasan bagi melindungi daya tahan rantaian bekalan berikutan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat di Timur Tengah.
Industri Insurans Malaysia Bersedia Hadapi Transformasi Besar Di Bawah Inisiatif RESET
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Industri insurans Malaysia bersedia memasuki fasa transformasi besar melalui inisiatif kerajaan RESET, termasuk pengenalan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta mekanisme harga berasaskan kumpulan diagnostik (DRG) bagi mengawal peningkatan kos perubatan.
Penggerak Kemajuan Negara: Pertumbuhan TK2025 TNB Kembalikan Nilai Kepada Rakyat
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.
NIMP 2030 Pemangkin Peralihan Malaysia Ke Arah Pembuatan Bernilai Tinggi - Penggiat Industri
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 kini sebagai pemacu utama peralihan Malaysia daripada pembuatan berasaskan volum kepada ekonomi bernilai tinggi yang lebih dipacu inovasi, menurut peserta industri.
Negeri Sewajarnya Bangun Kekuatan Sendiri Di Bawah NIMP 2030 – InvestPenang
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) Pulau Pinang yang telah lama bertapak menonjolkan kepentingan untuk negeri-negeri lain di Malaysia membina kekuatan mereka sendiri di bawah Pelan Induk Perindustrian Nasional (NIMP) 2030, kata InvestPenang.
ART Hantar Isyarat Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia - Duta
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
Asia Pasifik Muncul Sebagai Hab Utama Pembuatan Dipacu AI - Dassault Systèmes
HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).
Pembukaan Kilang Menicon Perkukuh Hubungan Strategik Malaysia-Jepun
KULIM, 5 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang milik sebuah syarikat dari Jepun yang menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian, di negara ini memperkuatkan lagi hubungan strategik dua hala antara Malaysia-Jepun.
KPF Lunas Bayaran RM1.21 Bilion Kepada Ahli Sepanjang Tempoh 2020-Nov 2025 -- Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah membayar sejumlah RM1.21 bilion kepada ahlinya bagi permohonan pengeluaran syer dan dividen tahunan dalam tempoh 2020 hingga 30 Nov 2025.