Sektor Minyak Sawit Mampu Bantu Malaysia Capai Sasaran Pelepasan Sifar Bersih -- MPOB
GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit boleh menjadi penyumbang utama ke arah matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan bukannya sebagai liabiliti, kerana ladang kelapa sawit matang menyerap sejumlah besar karbon dioksida (CO2).