Terdapat 1369 berita berdasarkan kata kunci carian " pembina"

Realiti Landskap Keselamatan Global Tuntut Malaysia, Turkiye Tingkat Hubungan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Tinggi, Dipacu Saham Teknologi, Hartanah & Pembinaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.

Bagan Datuk Bakal Muncul Sebagai Hab Pusat Data Dengan Projek Bernilai RM569 Juta - PRIVASIA

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- PRIVASIA Technology Bhd (PRIVASIA) bakal membangunkan daerah Bagan Datuk, Perak sebagai hab infrastruktur digital, berikutan pemeteraian perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM569 juta bagi projek pusat datanya. 

Data Pemacu Penting Pertumbuhan Ekonomi, Daya Saing Negara -- Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Data muncul sebagai pemacu penting pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara dengan keupayaan Malaysia mengurus serta memanfaatkannya secara berkesan dapat memastikan kedudukan dalam ekonomi digital global.

Kadar Pengangguran Kekal 2.9 Peratus Pada Februari 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah, iaitu 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pembiayaan Kos Rendah Hingga RM5 Bilion Bagi Memacu Pertumbuhan, Transformasi PKS

GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pembiayaan kos rendah sehingga RM5 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memacu pertumbuhan dan transformasi.

Rozali Ismail Lepas Jawatan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Kenaikan Kos Bahan Binaan: Kerajaan Digesa Laksana Semula VOP, Pertimbang EOT - PKMM

IPOH, 9 April (Bernama) -- Kerajaan digesa melaksanakan langkah segera termasuk mengaktifkan semula Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi bahan binaan dalam usaha membantu kalangan kontraktor yang kini berdepan beban kenaikan kos susulan krisis tenaga global.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.

Harga Minyak Turun Di Bawah US$100 Setong Didorong Rundingan Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Harga minyak menurun di bawah paras US$100 setong selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran kepada Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz. 

MBSB IB Kekal Pandangan Positif Sektor Pembinaan, Didorong Permintaan Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan sektor swasta yang kekal kukuh serta pelaksanaan projek awam yang semakin rancak.