Terdapat 1268 berita berdasarkan kata kunci carian " pap"

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan, Pelabur Alih Pelaburan Tumpu Sektor Defensif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan apabila pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.

Bursa Malaysia Dibuka Sedikit Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Jumaat dengan dibuka tinggi sedikit, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam kaunter telekomunikasi dan pengangkutan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan dalam saham produk perindustrian dan perkhidmatan mengatasi keuntungan dalam sektor telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam wilayah negatif pada tengah hari ini apabila pelabur mengambil untung sambil terus berhati-hati berikutan ketiadaan pemangkin baharu pasaran, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Aktiviti Pembelian Saham Murah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, meningkat daripada penurunan semalam berikutan aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpilih melonjakkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Berterusan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan berterusan diterajui oleh saham produk perindustrian, hartanah, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan aktiviti pembelian saham murah walaupun pretasi Wall Street bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia susut pada akhir urus niaga Isnin ketika pelabur bertindak mengambil untung masing-masing selepas peningkatan pasaran tempatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada Isnin disebabkan minat belian berkurangan memandangkan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.