IJM Raih Kontrak Bina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru Bernilai RM1.4 Bilion
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, IJM Construction Sdn Bhd meraih kontrak daripada New Pantai Expressway Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE 2) yang bernilai RM1.4 bilion.