BERITA TERKINI   KPM teliti laporan kesan kebakaran kilang jejas tujuh sekolah di Kulai - Fadhlina | Untung bersih DRB-HICOM melonjak kepada RM397.97 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM22.55 juta pada tahun kewangan sebelumnya | Untung bersih AirAsia X Bhd berjumlah RM191.75 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM229.14 juta pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd berjumlah RM2.10 bilion bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM1.77 bilion pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Mulpha International Bhd melonjak kepada RM404.30 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM70.81 juta pada tahun kewangan sebelumnya | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " motogp"

Sukan Permotoran Malaysia: Antara Dasar, Prestij Dan Pulangan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Selama hampir dua dekad, Formula Satu (F1) menjadi simbol aspirasi sukan permotoran Malaysia, meletakkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kalendar perlumbaan global dan mengangkat negara sebagai destinasi utama sukan permotoran berprestij.

Pasca F1: Bagaimana SIC Kekalkan Momentumnya

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kelangsungan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas Formula Satu (F1) tidak banyak dipengaruhi oleh kekurangan penganjuran acara bertaraf dunia sebaliknya, lebih banyak dibentuk oleh kekuatan model perniagaan berasaskan kadar penggunaan disokong oleh penggunaan litar yang kerap dan aktiviti komersial yang berulang.

Penganjuran MotoGP Malaysia Pada 2024 Bawa Pulangan Ekonomi RM694 Juta - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) - Penganjuran MotoGP Malaysia pada 2024 membawa pulangan ekonomi yang signifikan dianggarkan mencecah RM694 juta dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Malaysia Perlu Kekal Berdaya Saing, Terus Anjur Acara Mega Seperti F1 - Bekas Ketua SIC

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) - Penganjuran acara mega seperti perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1 GP) penting untuk daya saing dan kedudukan global Malaysia namun untuk menganjurkannya semula memerlukan strategi nasional yang diselaraskan dengan baik.

SIC Rangka Pengembangan Jangka Panjang Selepas Kembali Catat Keuntungan – CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.

Kempen BIZone Rewards Astro: RM3 Juta Untuk Gandakan Potensi Perniagaan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.