BERITA TERKINI   Pengerusi BN Sabah Bung Moktar meninggal dunia 1.46 pagi ini di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu - Anak | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " mgs"

Langkah Konsolidasi Fiskal Dijangka Kurangkan Pinjaman Bersih Malaysia Pada 2026

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pinjaman bersih kerajaan dijangka menyusut sedikit pada 2026 seiring dengan langkah konsolidasi fiskal di bawah strategi fiskal jangka sederhana kerajaan yang bertujuan mengurangkan defisit kepada RM74.6 bilion (2025: -RM76.7 bilion), kata CIMB Investment Bank Bhd.

Bayaran Khidmat Hutang Kerajaan Persekutuan Dijangka Meningkat 16.3 Peratus Daripada Hasil - MOF

Oleh Anas Abu Hassan & K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bayaran khidmat hutang (DCS) kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat 7.6 peratus kepada RM54.3 bilion atau 16.3 peratus daripada hasil pada tahun ini berbanding peningkatan 9.0 peratus kepada RM50.5 bilion atau 15.6 peratus daripada hasil pada 2024.

Dana Asing Kembali Menjadi Pembeli Bersih Pada September, Mengakhiri Aliran Keluar Tiga Bulan - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.

MBSB IB Semak Ramalan Kadar Hasil MGS 2025 Kepada 3.40 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini. 

MARC Ratings Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Agensi penarafan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings)  mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada 2025 daripada 5.1 peratus pada 2024 ketika ketidaktentuan perdagangan luar terus menjejaskan momentun eksport.

Terbitan Bon Korporat Dijangka Cecah RM120 Bilion Pada 2025 - RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- RAM Ratings menjangkakan terbitan bon korporat kekal positif anatara RM110 bilion-RM120 bilion pada 2025, disokong oleh pembiayaan infrastruktur dan keperluan pembiayaan perniagaan.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal, Kekalkan Nisbah Hutang Bawah 60 Peratus 

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) --Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana. 

Defisit Rendah Tahun Depan, Terbitan Hutang Pada RM163.5 Bilion - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Defisit Kerajaan Persekutuan yang berkurangan pada RM80 bilion tahun depan iaitu susut RM4.3 bilion daripada semakan unjuran RM84.3 bilion tahun ini, hanya mengunjurkan keperluan pinjaman bersih yang lebih sederhana pada 2025, kata CIMB Securities Sdn Bhd.