6jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memeterai perjanjian dengan penyedia peralatan enapan bagi industri semikonduktor, AIXTRON SE, bagi membangunkan sebuah kemudahan pengeluaran di tapak baharu di Pulau Pinang.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
8jam ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan Netherlands, Pusat Penggalakan Import dari Negara Membangun (CBI) untuk mempertingkatkan keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) memeterai kerjasama strategik dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi memajukan agenda teknologi mendalam (deep-tech) Malaysia serta mempercepat pengkomersialan serantau.
12jam ago
KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama ) -- Marriott International menjalin kerjasama dengan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd bagi menukar nama tempat peranginan Bertam Resort kepada The Bertam yang akan membuka lembaran baharu sektor hospitaliti di Seberang Perai, Pulau Pinang.
13jam ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih berjalan seperti dirancang, dengan nilai komitmen kekal pada RM2.94 bilion walaupun wujud kebimbangan mengenai potensi kenaikan kos susulan krisis bekalan global.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.
14jam ago
GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meluluskan penubuhan Syarikat Usahasama PILA Sdn Bhd bagi melaksanakan projek Penang International Logistics Aeropark (PILA).
14jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat bekalan tenaga atau kekurangan bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi kepada industri semikonduktor pada peringkat ini, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport gas bersih, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.