Pengamal Media Mahu Etika AI Diperketat, Kerjasama Dalam Semakan Fakta Dipertingkat
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
KAZAN (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Pengamal media telah menyatakan keperluan untuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang beretika dan berpaksikan manusia bagi melindungi warisan budaya, integriti media dan kepercayaan awam dalam persekitaran transformasi digital yang pesat, pada forum media “Heritage Code: The Digital Evolution of Meanings.”