Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " m40"

Kerajaan Teliti Kaedah Penentu Kumpulan Sasar, Termasuk Pendapatan Boleh Guna - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti kaedah penguraian yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar, termasuk mempertimbang penggunaan pendekatan berasaskan pendapatan boleh guna, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Kerajaan Teliti Penyasaran Semula Subsidi Ke Atas Barangan Lain Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa. 

HIES 2024: Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.09 Peratus

PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.

Bantuan Tunai RM100 Sumbang RM3 Bilion Dalam Sektor Runcit, Tingkat Perbelanjaan - Kenanga IB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal disasarkan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu dijangka meningkatkan perbelanjaan dalam jangka masa terdekat, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

KLSICCI Gesa Peluasan SST Bersasar, Berperingkat Bagi Lindungi PMKS, Kumpulan B40

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) menggesa kerajaan untuk mengguna pakai pendekatan strategik, inklusif dan secara berperingkat dalam peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak beban yang tidak diingini ke atas kumpulan yang mudah terjejas serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Jasa Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Akan Dikenang Melalui Usaha Pertingkat Taraf Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025 akan dikenang melalui pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Perodua Dijangka Raih Manfaat Daripada Pasaran Automotif Malaysia Pada 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.

Jualan Sektor Automotif Dijangka Merosot Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

PM Anwar Puji Prestasi LHDN, Optimistik Peningkatan Hasil Masa Depan

CYBERJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya.

Kenanga IB Kekal Unjur TIV Sebanyak 805,000 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit pada 2025 untuk industri automotif, disokong minat belian berikutan penangguhan peraturan duti eksais baharu.

Kerajaan Akan Pajak Lebih Banyak Gerabak Tambah Kapasiti Perkhidmatan Kereta Api Perlis-JB - Rafizi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memajak lebih banyak gerabak bagi perkhidmatan kereta api dari Padang Besar, Perlis, ke Johor Bahru untuk meningkatkan kapasiti kepada 50 peratus menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

KRI Gesa Takrifkan Semula B40, M40, T20 Untuk Tangani Isu Kerentanan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).