BERITA TERKINI   Bantuan segera RM500,000 baik pulih SMU (A) Darul Ulum Muhammadiah, Bachok yang terbakar baru-baru ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI lulus peruntukan RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan - PM Anwar | Penyertaan KIMMA sebagai parti komponen BN perlu dapat persetujuan parti teras lain - Ahmad Zahid | Kerajaan lindungi sektor kritikal termasuk nelayan dan pengangkutan melalui subsidi diesel - PM Anwar | Hanya 15 peratus terkesan harga diesel pasaran, majoriti 85 peratus masih nikmati subsidi - PM Anwar | 

Terdapat 31 berita berdasarkan kata kunci carian " krisis tenaga global"

Malaysia Guna 700,000 Tong Minyak Sehari, Melebihi Pengeluaran 350,000 Tong Sehari - MOF

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari, menurut Kementerian Kewangan (MOF) .

Akmal Nasrullah Lawat Premis Di Selangor Tinjau Pengadunan Biodiesel Sabtu Ini – Fahmi

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mengadakan lawatan kerja ke sebuah premis di Selangor pada Sabtu ini bagi meninjau bahan asas yang digunakan dalam proses pengadunan biodiesel.

Petronas Sahkan Bekalan Bahan Api Di Seluruh Rangkaian Stesen Sehingga Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.

MTEN Tetapkan Hala Tuju Tangani Krisis Tenaga, Jamin Bekalan Asas – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menetapkan hala tuju yang jelas dalam mengurus krisis tenaga global yang kian meruncing dan dijangka berpanjangan, dengan memberi penekanan kepada pendekatan utama bagi menjamin bekalan tenaga serta barangan asas agar kehidupan harian rakyat tidak terjejas.

Kerajaan Setuju Naikkan Adunan Biodiesel Kepada B15 Tanpa Kos Tambahan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat. 

Kerajaan Beri Amaran Kepada Syarikat Korporat, Industri Beli Minyak Pada Harga Pam - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan memberi amaran untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat korporat dan industri yang bertindak membeli minyak pada harga pam secara diam-diam, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kos Subsidi BUDI95 Melonjak, Semakan Kedudukan Kewangan Dilihat Wajar - Ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Kerajaan Pastikan Bekalan Bahan Api, Asas Mencukupi Demi Kelangsungan Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan dalam memastikan bekalan bahan api dan bahan asas mencukupi bagi membolehkan kegiatan ekonomi diteruskan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Shell Malaysia Utamakan Kesinambungan Bekalan Bahan Api Dalam Rangkaian Runcit

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.

Kenaikan Kos Bahan Binaan: Kerajaan Digesa Laksana Semula VOP, Pertimbang EOT - PKMM

IPOH, 9 April (Bernama) -- Kerajaan digesa melaksanakan langkah segera termasuk mengaktifkan semula Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi bahan binaan dalam usaha membantu kalangan kontraktor yang kini berdepan beban kenaikan kos susulan krisis tenaga global.

RHB Bank Perkukuh Sokongan Bagi Memantapkan Daya Tahan PKS

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- RHB Bank Bhd sedang memperkukuh sokongannya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rangkaian menyeluruh bantuan kewangan dan penyelesaian pembiayaan secara mampan.