2jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membincangkan kesan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran terhadap ekonomi Malaysia.
3jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap permintaan eksport yang lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
4jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah Rabu meskipun prestasi niaga hadapan emas COMEX adalah positif, ketika pasaran memantau rapat konflik di Timur Tengah.
5jam ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya gangguan laluan tenaga di Selat Hormuz terus menjejaskan pasaran kewangan global apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga dunia.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Rabu berikutan trend penyusutan di pasaran serantau, dengan Korea Selatan mencatat penurunan ketara berikutan pelabur memberikan reaksi terhadap kesan geopolitik yang semakin meluas.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh konflik geopolitik yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata peniaga.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau keadaan konflik yang berlaku di Timur Tengah, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.
16jam ago
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rystad Energy menjangkakan kejutan bekalan semasa hanya memberi kesan jangka panjang yang terhad ke atas pasaran gas dan gas asli cecair (LNG) global, walaupun berlaku kenaikan lebih 52 peratus pada penanda aras komoditi itu di Title Transfer Facility, pada 2 Mac, 2026.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan berterusan harga minyak mentah di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat-Iran yang berlarutan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah (JED) serta Madinah (MED) buat sementara waktu pada 4-8 Mac 2026, berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Feb 2026 selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Timur Tengah.