12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah sedikit, seiring prestasi serantau, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah apabila tidak mengekalkan paras 1,600, diheret turun oleh jualan berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sokongan belian kepada kaunter wajaran tinggi terpilih yang didahului Axiata, Tenaga Nasional dan YTL Corp telah mendorong kenaikan indeks utama sebanyak 0.16 peratus sebelum dagangan sesi pagi berakhir, pada Rabu.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, dengan indeks penanda aras mencatatkan paras terendah harian selepas kaunter wajaran tinggi terpilih mengalami dagangan tidak menentu berikutan prestasi serantau yang bercampur-campur.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian lewat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu namun turun dalam beberapa minit selepas itu, dengan indeks penanda aras mengalami penyusutan berikutan aktiviti pengambilan untung susulan penjualan semalam, meskipun dagangan di Wall Street meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit selepas dibuka rendah pada Khamis, apabila pelabur mengambil petunjuk waspada daripada kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih di samping pemangkin baharu yang menambah baik sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat daripada penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi pada Jumaat, disokong oleh sentimen yang bertambah baik susulan langkah Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif ke atas import dari Malaysia.