2hari ago
JAKARTA, 19 Feb (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) telah mengekalkan kadar dasar penanda arasnya pada 4.75 peratus, memberi alasan tentang peningkatan ketidaktentuan global sambil memastikan pintunya terbuka untuk potensi pelonggaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Penganalisis menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar penanda aras pada 2.75 peratus pada 2026 walaupun bank pusat Amerika Syarikat membuat pengurangan kadar terbaharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka pada paras paling kukuhnya dalam tempoh lebih empat tahun berbanding dolar AS hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak 25 mata asas (bps).
2bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan melakar sejarah baharu dengan mewujudkan program sukuk pertamanya yang diberi penarafan, pada tahun depan seterusnya menjadi satu langkah strategik yang bertujuan memperluas ekosistem pendanaannya di samping menyokong usaha kerajaan dalam menguruskan liabiliti negara secara berhemat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.
5bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis apabila pelabur menilai semula prospek kadar faedah AS susulan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Rabu, kata seorang pakar ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.