BERITA TERKINI   Presiden Perancis jemput Malaysia sertai sidang khas mengenai situasi di Teluk Hormuz yang dianjurkan bersama PM Britain - PM Anwar | Sebuah kapal Malaysia telah tiba dari Selat Hormuz, sebuah lagi hampir memasuki perairan negara - PM Anwar | Amalan murid membersihkan tandas, kawasan sekolah tidak wajar dipolitikkan atau dilihat sebagai tugas golongan tertentu - PM Anwar | Kerajaan akan teliti cadangan mengembalikan status bebas cukai kepada Langkawi bagi merancakkan semula ekonomi pulau itu - PM Anwar | Inflasi Malaysia sebanyak 1.7 peratus pada Mac 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 136.4 daripada 134.1 dalam bulan sama pada tahun sebelumnya - DOSM | 

Terdapat 137 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar pertumbuhan"

Malaysia Mampu Tangani Ketidaktentuan Global Susulan Asas Ekonomi Kukuh

BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.

BNM: Transaksi E-Pembayaran Meningkat Sebanyak 25 Peratus Kepada 18.4 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Transaksi e-pembayaran meningkat sebanyak 25 peratus kepada 18.4 bilion pada 2025 berbanding 14.7 bilion yang direkodkan semasa 2024, dengan setiap rakyat Malaysia membuat 538 e-pembayaran pada 2025, peningkatan sebanyak 25 peratus daripada 432 pada 2024.

Pinjaman Isi Rumah Kukuh Disokong Pasaran Tenaga Kerja Menggalakkan – BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pinjaman isi rumah kukuh pada akhir 2025, disokong oleh keupayaan membayar hutang yang tinggi dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, dengan nisbah pinjaman terjejas kekal stabil pada 1.0 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Berdaya Tahan Hadapi Tekanan Fiskal Meningkat Sewaktu Harga Minyak Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.

Permintaan Perjalanan Udara Global Naik Berganda Menjelang 2050 -- IATA

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah mengeluarkan laporan Unjuran Permintaan Jangka Panjang (LTDP) untuk perjalanan udara, yang menjangka bahawa permintaan penumpang udara global akan naik lebih daripada dua kali ganda menjelang 2050.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

Sektor Fotonik Boleh Pacu Pasaran OSAT Malaysia Kepada US$4.6 Bln Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pengembangan sektor fotonik menjanjikan peluang baharu kepada industri pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (OSAT) Malaysia, dengan pasaran diunjurkan meluas kepada kira-kira US$4.6 bilion menjelang 2030 apabila permintaan untuk infrastruktur rangkaian optik meningkat.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Susulan Bekalan Terhad, Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan, disokong keadaan bekalan yang semakin terhad dan kebimbangan terhadap konflik yang berterusan di Timur Tengah.

NanoMalaysia perkenal Prototaip Bateri Natrium-Ion 300 Wh/kg Berprestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB) melakar satu kejayaan besar dalam aspirasi penyimpanan tenaga Malaysia melalui pembangunan prototaip bateri natrium-ion dipertingkat dengan grafena bagi menawarkan ketumpatan tenaga melebihi 300 watt-jam sekilogram (Wh/kg), antara yang tertinggi di dunia.

Rangsangan E&E Berpotensi Tingkat Perdagangan Luar Malaysia Pada 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Potensi peningkatan daripada menambah belian awal produk elektrik dan elektronik (E&E) menjelang pelaksanaan tarif berperingkat Amerika Syarikat (AS) ke atas pelbagai produk semikonduktor yang lebih luas boleh menyokong perdagangan luar Malaysia pada 2026.

Pertumbuhan Ekonomi Catat Prestasi Positif, Atasi Unjuran Awal - Fahmi

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding angka pada tempoh sama tahun lepas merupakan prestasi yang cukup positif dan mengatasi unjuran awal.

Ringgit Terus Meningkat, Dipacu Data Ekonomi Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.