Advancecon Peroleh Kontrak Infrastruktur Di Johor Bernilai RM148.4 Juta
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) telah memperoleh kontrak bernilai RM148.42 juta daripada JLG Technopark Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama untuk Pakej 1B di Southern Ibrahim Technopolis (IBTEC) di Kulai, Johor.