NIMP 2030 Bakal Lonjak Sabah Sebagai Hab Pembuatan Hiliran Dan Tenaga Boleh Baharu - Zafrul
KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Sabah terus mencuri tumpuan sebagai hab pelaburan baharu negara apabila mencatat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM11.37 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh Januari hingga Jun 2025.