Lawatan Trump Ke Malaysia Menandakan Hubungan AS-Malaysia Yang Lebih Kukuh
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia baru-baru ini telah menyemarakkan semula hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, meletakkan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan teknologi.