Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " ecoceres"

Fasiliti SAF RM2.3 Bilion Di Johor Perkukuh Malaysia Dalam Penerbangan Rendah Karbon

JOHOR BAHRU, 19 Feb (Bernama) -- Loji bahan api penerbangan mampan (SAF) bernilai RM2.3 bilion di Tanjung Langsat, Johor, dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan penerbangan rendah karbon global, serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan sepanjang rantaian nilai, daripada pengumpulan bahan mentah hingga perdagangan tenaga hiliran.

Loji SAF Pertama Di Johor Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Penerbangan Mampan

PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.

Pelaburan Ecoceres Bakal Jadikan Johor Dalam Rantaian Bekalan Global Bahan Api -- Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.

Malaysia Mampu Hasilkan Satu Juta Tan Metrik SAF Menjelang 2028 - Johari 

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka mampu menghasilkan satu juta tan metrik bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang 2028, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

Tiada Isu Persepsi Negatif Pembeli Eropah Mengenai SAF Berasaskan Sawit - Johari

JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.

Syarikat TBB Berpangkalan Di Korea Selatan Minat Buka Loji UCO Di Malaysia -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).

KPK Pertimbang Insentif Cukai Untuk Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran SAF

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mempertimbangkan beberapa insentif cukai untuk menarik pelabur ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).