1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Usaha peralihan tenaga di seluruh dunia terus berkembang pesat walaupun dalam persekitaran geopolitik yang semakin kompleks, dengan pelaburan dianggarkan mencecah US$3.3 trilion (US$1 = RM3.95) pada tahun lepas.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini, berbanding prestasi pasaran tunai.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong jangkaan pendapatan yang stabil pada 2026 merentas sektor perbankan, utiliti, tenaga dan penjagaan kesihatan, di samping mudah tunai domestik yang kukuh serta persekitaran makroekonomi yang menyokong.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang lain pada awal urus niaga hari ini, susulan sentimen berhati-hati terhadap turun naik harga minyak serta perkembangan di Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global meningkat mendadak berikutan pengumuman bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd berjaya menerbitkan sukuk murabahah senior bernilai RM1.0 bilion menerusi program sukuk murabahah RM10 bilion.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kemajuan teknologi, pengetahuan dan penciptaan harta intelek (IP) serta bakat boleh menjadi pemangkin untuk mengembangkan sektor automotif dan semikonduktor Malaysia di samping memperkukuh sinergi antaranya, menurut PricewaterhouseCoopers Associates Sdn Bhd (PwC).
16jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.
16jam ago
SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor akan melancarkan beberapa inisiatif baharu bagi membantu memperkukuh dua subsektor utama negeri, iaitu pembuatan dan perkhidmatan dalam mendepani impak krisis bekalan global, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), berjaya melaksanakan penetapan harga bagi sukuk ditokenkan pertama di Malaysia dengan nilai nominal RM100 juta.
17jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan unit serantau, namun tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur ekoran kenaikan harga minyak mentah.
17jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melaksanakan siri program bagi memperkukuh ekonomi digital Malaysia selain melonjakkan peralihan kepada sebuah negara dipacu kecerdasan buatan (AI).