BERITA TERKINI   Berlaku kekosongan luar jangka di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN dari PAS terhenti serta-merta - Speaker DUN Perlis | Kekosongan luar jangka DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji akan dimaklumkan kepada SPR dalam masa terdekat - Speaker DUN Perlis | Mazuki menggantikan Pengarah Urusan Kumpulan Pelaburan Hartanah Bhd Mohamad Damshal Awang Damit yang akan bersara pada 31 Disember, 2025 | Pelaburan Hartanah Bhd melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026 | 

Terdapat 13 berita berdasarkan kata kunci carian " dr yeah kim leng"

Emas Bukan Sekadar Pelaburan Tapi Perlindungan Senyap Dalam Landskap Ekonomi Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia, lonjakan harga emas global bukan sekadar cerita spekulasi atau turun naik pasaran, sebaliknya menjadi ibarat payung sebelum hujan, apabila nilai barang kemas dan simpanan emas yang dikumpul sejak bertahun-tahun meningkat, sekali gus memberi ruang pernafasan kewangan dan memperkukuh daya tahan keluarga dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Penilaian Positif IMF Cermin Asas Kukuh Ekonomi Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa dasar makroekonomi dan kewangan negara yang berhemat memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan, kata ahli ekonomi.

Ekonomi Negara Terus Berkembang Pada 2025 Walaupun Berdepan Cabaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.

Ringgit Tinggi Cerminkan Asas Ekonomi Kukuh, Keyakinan Pelabur Meningkat

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur yang meningkat terhadap negara ini, kata profesor ekonomi di Sunway University Dr Yeah Kim Leng.

Hubungan ASEAN-CPTPP Perlu Bawa Pembaharuan, Bukan Simbolisme - Pakar

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dialog formal antara ASEAN serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dijadualkan pada 20 Nov 2025, perlu lebih daripada sekadar perbincangan dan mencapai hasil yang bermakna.

Langkah Batal Cukai Barang Bernilai Tinggi Tidak Jejas Unjuran Hasil RM700 Juta - Ahli Ekonomi

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan tidak meneruskan cadangan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), yang dulunya dikenali sebagai cukai barang mewah, tidak akan menjejaskan perolehan cukai sebanyak RM700 juta yang dijangka diperoleh daripada pelaksanaannya, kata ahli ekonomi.

KDNK Suku Pertama Menggalakkan, Prospek 2025 Kekal Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau.

Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

Kenaikan 25 Peratus Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Kukuhkan Belanjawan Negeri

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.

Pembayaran Dividen KWSP Bakal Pacu Aktiviti Ekonomi, Sokong Pertumbuhan Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.

Kadar Caruman Rendah KWSP Bagi Pekerja Asing Bantu Kurangkan Perbelanjaan Gaji

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratus berbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.

Rundingan Semula FTA Malaysia-EU Bawa Manfaat Kepada Sektor Eksport Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawa manfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.