27hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mencatatkan penurunan susulan laporan pekerjaan AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas kurang menggalakkan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Saham-saham di Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.11 peratus, namun pasaran secara meluas kekal dalam wilayah positif.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa, meneruskan peningkatan susulan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran jangkaan bahawa AS akan menaikkan kadar faedahnya.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan kerana peniaga menahan diri daripada secara agresif memasukkan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas September.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur memantau perkembangan luar, khususnya impak tarif AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan impak daripada perang tarif Presiden AS Donald Trump.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih tinggi berikutan pelabur menyambut baik pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas semua produk Malaysia yang masuk ke negara itu selain sentimen pasaran yang positif berikutan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih kukuh hari ini susulan peningkatan keyakinan pasaran terhadap pengurangan potensi kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan aliran menaik minggu hadapan, dengan potensi kenaikan dianggarkan dalam julat 2.5 hingga 3.0 peratus, menurut seorang penganalisis.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street, apabila sentimen kalangan pelabur terjejas ekoran perbalahan berterusan antara Presiden AS Donald Trump dan ahli perniagaan Elon Musk.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.