2hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
BATU PAHAT, 24 Mei (Bernama) – Perniagaannya bermula kecil-kecilan dari rumah di Taman Penggaram dekat sini dengan modal RM500 bagi menghasilkan 20 bungkus roti ‘Golok’ atau roti disapu mentega dan ditabur gula selain 10 balang biskut pelangi pada setiap hujung minggu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ledakan perbelanjaan modal (capex) di peringkat global yang berterusan, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) berpotensi mengukuhkan kedudukan perdagangan Malaysia dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi berbanding jangkaan, menurut firma penyelidikan BMI.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengekalkan kedudukan Pusat Pengalaman Memandu (DEC) yang baru siap sebagai fasiliti bertaraf premium walaupun penggunaannya pada peringkat awal masih sederhana.
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ketegangan geopolitik global lebih memberi risiko besar terhadap rantaian bekalan produk berbanding kenaikan harga, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Dr Ameer Ali Mydin.
13hari ago
SUBANG JAYA, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami perubahan penting dalam order global, yang memerlukan peralihan daripada usaha tradisional untuk mencapai kecekapan ekonomi kepada langkah mengutamakan daya tahan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
13hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Pengendali lapangan terbang perlu lebih tangkas, fleksibel dan memperkukuh kerjasama bagi mendepani ketidaktentuan yang semakin meningkat termasuk ketegangan geopolitik, gangguan operasi serta perubahan jangkaan penumpang dalam industri penerbangan global.
14hari ago
HAIKOU (China), 12 Mei (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) harus beralih daripada sekadar pengurangan tarif dan pemunggahan kargo yang mudah ke arah perdagangan kompleksiti tinggi dan rantaian bekalan bersepadu.
18hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Minat pelabur terhadap Pulau Pinang kekal utuh meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, disokong oleh permintaan berdaya tahan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kedudukan strategik negeri itu dalam rantaian bekalan global yang semakin berkembang.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan 5.3 peratus pada suku pertama 2026, terutamanya didorong oleh pengembangan meluas merentasi beberapa subsektor, termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.