Petronas, Pembina Kanada Meterai Perjanjian 20 Tahun Bagi Penggunaan Kapasiti Cedar LNG
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Pembina Pipeline Corporation dari Kanada memeterai perjanjian 20 tahun bagi menggunakan kapasiti pencairan gas asli cecair (LNG) sebanyak 1.0 juta tan setahun (mtpa) di kemudahan Cedar LNG, menerusi anak syarikat masing-masing.