Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " caruman sukarela"

Caruman I-Topup Naik 26 Peratus, Bukti Keyakinan Rakyat Terhadap Institusi Kewangan – Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Keyakinan rakyat untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kestabilan institusi kewangan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Caruman Sukarela Meningkat Kepada RM19.2 Bilion Didorong Program i-Saraan

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mencatat momentum positif, meningkat kepada RM19.2 bilion pada tahun lepas dengan program i-Saraan menjadi pemacu utama, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Dividen KWSP Dijangka 6.3-6.5 Peratus Pada 2025 - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Tinggi Pada 2025 - Ahli Ekonomi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Peningkatan pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada separuh pertama 2025 dijangka menghasilkan pembayaran dividen lebih tinggi tahun ini, manakala kenaikan berterusan dalam pasaran ekuiti global akan melonjakkan lagi prestasi suku ketiga, kata ahli ekonomi.

KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan RM38.92 Bilion Bagi Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.

KWSP Catat Jumlah Pelaburan RM18.31 Bilion Bagi Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.

KWSP Model Untuk Reformasi Persaraan Mampan - Forum Ekonomi Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendekatan Malaysia terhadap pembaharuan sistem persaraan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disebut oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai model untuk membina sistem persaraan jangka panjang dalam ekonomi sedang pesat membangun.

Caruman i-Saraan Berjumlah RM2.6 Bln Pada 2024 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Dividen Yang Kukuh Bukti Daya Tahan KWSP - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

288,000 Ahli KWSP Daftar Caruman Melebihi Kadar 11 Peratus - Lim

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024. 

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.