KMI Healthcare, BSHSB Meterai Perjanjian Bagi Bina, Pajak Hospital 100 Katil Di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Bhd memeterai perjanjian bina dan pajak dengan Bertam Specialist Hospital Sdn Bhd (BSHSB) bagi membangunkan hospital berkapasiti 100 katil di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.