BNM Kenakan Penalti Ke Atas Empat Institusi Akibat Kegagalan Patuhi AML/CFT
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan empat tindakan penguatkuasaan dengan penalti dan kompaun dikenakan ke atas dua institusi kewangan dan dua syarikat kerana gagal mematuhi keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT).