Muzium Dan Galeri Seni BNM Anjur Pameran Raikan Budaya, Mata Wang ASEAN
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) menganjurkan dua pameran baharu ‘Numismatic Marvel: Minted History, Printed Heritage' dan 'Palette and Pen' bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.