Bioeconomy Corporation Sasar Perolehan RM2.2 Bilion Pada 2026
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Bioeconomy Corporation menyasarkan untuk menjana perolehan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion daripada syarikat di bawah program Status BioNexus dan Pemecut Berasaskan Bio (BBA) pada 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.