Labuan FSA Perkukuh Rangka Kerja Modal Perbankan
LABUAN, 24 Feb (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengukuhkan komitmennya kepada piawaian perbankan antarabangsa dengan menyelaraskan rangka kerja modalnya dengan rejim kawal selia Basel III, sekali gus meningkatkan lagi daya tahan serta kredibiliti Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).