BERITA TERKINI   Presiden Iran hargai pendirian konsisten Malaysia junjung keamanan dan keadilan, undang PM Anwar ke Tehran | Malaysia hargai dukungan, kerjasama Iran bantu pelepasan kapal milik negara di Selat Hormuz - PM Anwar | PM Anwar harap ketegangan di Iran dihentikan melalui jalan damai, hikmah dan diplomasi bertanggungjawab | PM Anwar ucap Eid Mubarak kepada Presiden Iran, sampaikan salam persaudaraan dan doa rakyat Malaysia | Pada jam 6 petang, ringgit menguncup kepada 3.9660/9705 berbanding dolar AS daripada 3.9510/9550 ketika ditutup pada Isnin | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " aset utama"

Pavilion REIT Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM105.8 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM105.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM90.4 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun lepas.

Perbadanan Labuan Pelawa Cadangan Pelaburan Bagi Lapan Aset Utama

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) mengemukakan permohonan cadangan (RFP) kepada pelabur tempatan dan asing bagi pemajakan dan pembangunan lapan aset miliknya termasuk tapak bekas Hotel Labuan yang dirobohkan baru-baru ini.

Selangor Mampu Tingkat Pulangan Pelaburan, Perkukuh Sumbangan KDNK - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

KWAP Muktamadkan 12 Rakan Kongsi Am Di Bawah Peruntukan Dana Pemacu Berjumlah RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini mengumumkan 12 rakan kongsi am (GP) disenarai pendek dengan peruntukan berjumlah RM6 bilion merentas dana konvensional dan patuh Shariah di bawah inisiatif Dana Pemacu.

Malaysia Berpotensi Jadi Pemangkin Semikonduktor ASEAN-China, Kata Ahli Ekonomi

Oleh  Kisho Kumari Sucedaram 

BEIJING, 24 April (Bernama) -- Malaysia berpotensi kukuh menjadi pemangkin serantau dalam inovasi semikonduktor dan ketersambungan infrastruktur, menawarkan laluan masuk (gateway) strategik untuk integrasi ekonomi ASEAN-China dipertingkatkan.

DP World Rancang Pengembangan Di ASEAN, Sokong Peralihan Pembuatan Luar Pesisir China

Oleh Harizah Hanim Mohamed


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Syarikat logistik multinasional, DP World sedang memperkukuh operasi di ASEAN untuk memanfaatkan kemunculan Asia Tenggara sebagai pangkalan pembuatan luar pesisir utama bagi kalangan syarikat China.

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.