21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan syarikat telekomunikasi negara, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd hari ini melancarkan pelan yang menyediakan “Number Verification Application Programming Interface (API)” kepada pihak bank dan peruncit dalam talian, sebagai usaha membendung penipuan serta kecurian identiti digital.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) bekerjasama dengan Meta, SoftBank Corp, IPS Inc, PT XLSmart Telecom Sejahtera Tbk dan NEC Corporation untuk membangunkan sistem kabel dasar laut Candle yang menghubungkan negara-negara ASEAN ke Jepun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Scicom (MSC) Bhd telah menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan kecemerlangan operasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui Unifi Business, memperkenalkan Usahawan Digital TM untuk memperkasakan 2,200 usahawan B40 daripada pangkalan data eKasih, melengkapkan mereka dengan alatan dan kemahiran digital yang penting untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengembalikan nilai sekitar RM1.5 bilion yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak berkepentingan melalui pembayaran dividen serta sumbangan yang menyokong kemajuan sosioekonomi negara pada tahun kewangan 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai rakan strategik utama bagi penyediaan gentian backhaul dalam usaha mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- TM memperuntukkan kira-kira RM4 juta termasuk sumbangan tunai untuk menyokong usaha segera bantuan banjir bagi pelanggan, komuniti dan kakitangan yang terjejas di seluruh negara.
1tahun ago
SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- TM Malaysia Bhd (TM) akan terus memenuhi permintaan industri permainan dengan mengukuhkan infrastruktur permainan awan dan kelebihan pengkomputeran dengan menandatangani perjanjian perkhidmatan bersama Radian Arc yang berpangkalan di Australia hari ini.