Malaysia Anjur AIFTIS 2025 Bagi Tingkatkan Produktiviti, Kurangkan Defisit Dagangan
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) - Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam mengubah sektor perkhidmatan di rantau ini dengan menjadi tuan rumah Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa ASEAN (AIFTIS) yang julung kali diadakan pada 17-18 November, 2025.