Terdapat 2386 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

IMF Semak Naik Unjuran Pertumbuhan KDNK Sebenar Malaysia Kepada 4.7 Peratus Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

MSM Ditutup Bawah RM4,500 Setan Berikutan Kejatuhan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Muhibbah Raih Kontrak RM120 Juta Untuk Projek LRT Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd meraih kontrak bernilai RM120 juta daripada Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (GIBS) untuk kerja-kerja berkaitan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Optimisme Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong optimisme baharu terhadap pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik.

PM Australia Albanese Lawat Malaysia Pada 15-17 April, Fokus Kepada Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijadualkan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April, yang menjadi antara usaha Malaysia untuk menguruskan risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat dan gangguan yang menjejaskan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Pasaran Tunai Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan pengukuhan pasaran tunai pendasar.

MBSB IB Jangka Harga Brent, MSM Kekal Melebihi Paras Sokongan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangka harga penanda aras minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) kekal melebihi paras sokongan serta berpotensi menguji semula paras rintangan, masing-masing pada US$114 setong dan RM4,890 satu tan dalam tempoh terdekat ini.

MyCEB Promosi Malaysia Di The Meetings Show APAC 2026

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menyertai The Meetings Show Asia Pacific (TMS APAC) 2026 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di Singapura sebagai sebahagian daripada usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Niaga Hadapan MSM Mengukuh Seiring Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik berterusan di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Taiwan Smart Solutions Connect 2026 Dijadual Berlangsung Pada 12 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Taiwan Smart Solutions Connect 2026, anjuran Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa Taiwan (TITA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan berlangsung pada 12 Mei, 2026.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Kukuh Terhadap Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peralihan kedudukan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

AUM Perkasa Usahawan Mikro, Jualan Lebih RM5.5 Juta Di Melaka

MELAKA, 13 April (Bernama) -- Program Agrobank Upward Migration (AUM) terus mengukuhkan pembangunan usahawan mikro di negara ini dengan Melaka merekodkan jualan melebihi RM5.5 juta, sekali gus mencerminkan pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan hasil bimbingan dan sokongan berterusan Agrobank.