Polis Tingkatkan Keselamatan Di Kawasan Tumpuan Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Polis memperketatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tumpuan di sini bagi memastikan kelancaran Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN KE-12 (AFMGM) dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini.